Friday, August 8, 2008

Lawatan ke Kompleks Pasir Salak

Lawatan sambil belajar ini telah dijalankan pada 23 Januari 2008 bersempena cuti perayaan Thaipusam. Peserta lawatan terdiri daripada semua murid SK Bandar iaitu seramai 7 orang. Peserta dibawa oleh tuan Guru Besar sendiri selaku ketua rombongan dengan menaiki van beliau.Lawatan ini telah berjaya mengeratkan silaturahim antara murid, ibu bapa murid yang turut serta dengan Guru Besar yang baru sahaja bertugas di SK Bandar ini pada November 2007. Selain itu ia juga dapat memberi pengalaman baru kepada murid yang belum berkesempatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak ini kerana kekangan masa.

No comments:

Post a Comment