Tuesday, October 30, 2012

Malam Perpisahan Tuan Haji Abd. Rahim

Tanggal 24 Oktober 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi warga SK Bandar. Hal ini berikutan perpindahan dan kenaikan pangkat(memangku) guru besar, Tuan Haji Abdul Rahim ke Sekolah Kebangsaan    Bagan Baharu di Batu Kurau, Taiping. Setelah lebih 5 tahun berkhidmat di SK Bandar serta banyak memacu SK Bandar ke puncak kecemerlangan terutamanya anugerah 'New Deal' pada tahun 2010 serta rombongan sekolah ke Bukittinggi, Padang di Sumatera Barat. Pencapaian ini sememangnya sukar dicapai terutamanya di kalangan sekolah-sekolah kategori SKM kerana wujud banyak kekangan dan halangan. Namun SK Bandar di bawah kepemimpinan beliau telah membuktikan bahawa "sekolah kecil berjiwa besar". Jutaan terima kasih warga SK Bandar kepada beliau serta semoga maju jaya di masa hadapan. Semoga kehadiran beliau di tempat yang baru bakal menempa kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang.

Kalau ada sumur di bendang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
Insya Allah kita berjumpa lagi.













Hari Sukan Olahraga SK Bandar Kali ke 36

Pada 21 Oktober 2012, SK Bandar telah mengajurkan Hari Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 36. Dihadiri oleh komuniti Bandar, kejohanan kali ini juga meriah. Turut hadir menceriakan majlis ialah Cikgu Roslan bin Yahaya, guru penolong kanan pentadbiran SK Lambor Kiri yang bakal menggalas tanggungjawab guru besar setelah perpindahan Tuan Haji Abdul Rahim bin Ramli ke SK Bagan Baharu, Batu Kurau. Jasa Tuan Haji Abdul Rahim sangat dikenang kerana dengan visi beliau mengkomunitikan hari sukan SK Bandar bukan sahaja mendapat perhatian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, malah telah dijadikan suatu piawaian bagi kejohanan hari sukan bagi sekolah kategori SKM. Sekalung penghargaan untuk beliau.

















Thursday, October 18, 2012

Sepagi Bersama SUHAKAM

Pada 11 Oktober 2012, SK Bandar dengan kerjasama SUHAKAM telah menganjurkan Program Sepagi Bersama SUHAKAM. Program ini bermatlamat mempromisi dan mendedahkan hak asasi secara amnya, serta hak asasi pendidikan kanak-kanak secara khasnya. Penceramah yang telah didatangkan khas dari SUHAKAM, Puan Hasmah telah tiba di SK Bandar seawal 9.00 pagi serta dituruti oleh kedatangan guru-guru besar dari sekolah-sekolah sekitar dan juga komuniti Bandar. Beberapa persoalan telah dijawab dan banyak informasi berkenaan hak asasi serta wujud satu forum perbincangan yang telah turut diambil bahagian oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Encik Zaudi bin Lebai Mat. Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya dan SUHAKAM berharap dapat terus mempromosikan hak asasi terutamanya hak asasi pendidikan kanak-kanak.





Sunday, September 2, 2012

Lawatan Kerja Pemantau Institut Aminuddin Baki ke SK Bandar

Pada 28hb. Ogos 2012, pemantau dari Isntitut Aminuddin Baki, Dr. Marzita bt. Abu Bakar, Ketua Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland telah datang ke SK Bandar bagi melakukan pemantauan berkenaan aspek pengurusan sekolah dan pengurusan aset. Beliau tiba di SK Bandar pada pukul 2 petang diiringi 2 orang anak beliau setelah melakukan pemantauan di sebuah sekolah di Ulu Bernam, Selangor. Banyak feedback dan response positif daripada beliau, serta beliau berasa kagum dengan kejayaan pengurusan sekolah yang mampu mendapat 'New Deals' pada tahun 2010 serta tidak menerima teguran daripada Pihak Audit dalam aspek pengurusan. Selain itu juga banyak aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan lagi oleh pihak sekolah menurut Dr.Marzita dan pihak pengurusan sekolah akan mengambil langkah-langkah proaktif bagi menaikkan lagi nama SK Bandar.






Monday, August 13, 2012

Pra UPSR dan Modul 3

Peperiksaan Pra UPSR dan juga peperiksaan Modul 3 sedang berlangsung di SK Bandar. Pelajar tahun 3 hingga 6 seramai 6 orang terlibat dalam peperiksaan ini.

Dimulakan dengan Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman), Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan) dan seterusnya Matematik Kertas 2.

Semoga berjaya hendaknya...

Hari kedua, 2 murid tidak hadir. Hanya 4 orang sahaja yang mengambil peperiksaan. 


Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.