Tuesday, October 30, 2012

Malam Perpisahan Tuan Haji Abd. Rahim

Tanggal 24 Oktober 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi warga SK Bandar. Hal ini berikutan perpindahan dan kenaikan pangkat(memangku) guru besar, Tuan Haji Abdul Rahim ke Sekolah Kebangsaan    Bagan Baharu di Batu Kurau, Taiping. Setelah lebih 5 tahun berkhidmat di SK Bandar serta banyak memacu SK Bandar ke puncak kecemerlangan terutamanya anugerah 'New Deal' pada tahun 2010 serta rombongan sekolah ke Bukittinggi, Padang di Sumatera Barat. Pencapaian ini sememangnya sukar dicapai terutamanya di kalangan sekolah-sekolah kategori SKM kerana wujud banyak kekangan dan halangan. Namun SK Bandar di bawah kepemimpinan beliau telah membuktikan bahawa "sekolah kecil berjiwa besar". Jutaan terima kasih warga SK Bandar kepada beliau serta semoga maju jaya di masa hadapan. Semoga kehadiran beliau di tempat yang baru bakal menempa kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang.

Kalau ada sumur di bendang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
Insya Allah kita berjumpa lagi.













Hari Sukan Olahraga SK Bandar Kali ke 36

Pada 21 Oktober 2012, SK Bandar telah mengajurkan Hari Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 36. Dihadiri oleh komuniti Bandar, kejohanan kali ini juga meriah. Turut hadir menceriakan majlis ialah Cikgu Roslan bin Yahaya, guru penolong kanan pentadbiran SK Lambor Kiri yang bakal menggalas tanggungjawab guru besar setelah perpindahan Tuan Haji Abdul Rahim bin Ramli ke SK Bagan Baharu, Batu Kurau. Jasa Tuan Haji Abdul Rahim sangat dikenang kerana dengan visi beliau mengkomunitikan hari sukan SK Bandar bukan sahaja mendapat perhatian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, malah telah dijadikan suatu piawaian bagi kejohanan hari sukan bagi sekolah kategori SKM. Sekalung penghargaan untuk beliau.

















Thursday, October 18, 2012

Sepagi Bersama SUHAKAM

Pada 11 Oktober 2012, SK Bandar dengan kerjasama SUHAKAM telah menganjurkan Program Sepagi Bersama SUHAKAM. Program ini bermatlamat mempromisi dan mendedahkan hak asasi secara amnya, serta hak asasi pendidikan kanak-kanak secara khasnya. Penceramah yang telah didatangkan khas dari SUHAKAM, Puan Hasmah telah tiba di SK Bandar seawal 9.00 pagi serta dituruti oleh kedatangan guru-guru besar dari sekolah-sekolah sekitar dan juga komuniti Bandar. Beberapa persoalan telah dijawab dan banyak informasi berkenaan hak asasi serta wujud satu forum perbincangan yang telah turut diambil bahagian oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Encik Zaudi bin Lebai Mat. Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya dan SUHAKAM berharap dapat terus mempromosikan hak asasi terutamanya hak asasi pendidikan kanak-kanak.





Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.