Wednesday, August 20, 2014

Kedatangan Lori Milo

Pada 19 Ogos 2014, SK Bandar telah dihadiri oleh pasukan lori MILO. Kunjungan julung kali ini pada mulanya dianggap lori yang menghantar susu 1Malaysia. Namun pemandu yang juga bertindak sebagai pegawai perhubungan menyatakan kunjungan ke SK Bandar adalah untuk memberikan minuman percuma kepada murid-murid SK Bandar. Murid-murid ternyata gumbira dengan kedatangan lori MILO ini. Sekalung terima kasih buat pihak MILO yang sanggup turun ke ceruk alam bagi memberikan murid-murid merasa nikmat secawan MILO.


Siti Nur Nadirah menunjukkan buku MILO yang turut diterima bersama secawan MILo yang lazat.



































































Majlis Bacaan Yassin dan Jamuan Aidilfitri

Pada 15 Ogos yang lalu, SK Bandar telah mengadakan majlis bacaan Yaasin dan solat hajat bagi mendoakan kejayaan murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tak lama lagi. Warga Kampong Bandar telah dijemput hadir bagi menambahkan seri pada majlis tersebut. Majlis bermula sekitar 9.00 itu dimulakan dengan sedikit ucapan aluan Tuan Guru Besar, Encik Roslan bin Yahaya. Ia dituruti dengan solat hajat dan bacaan surah Yaasin. Majlis tersebut diserikan lagi dengan sedikit jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri. Semua guru dan staf SK Bandar ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin' kepada semua.












Thursday, February 6, 2014

Kejohanan Catur Peringkat Daerah Perak Tengah

Pada 4 Februari lalu, SK Bandar telah menghantar seramai 3 orang wakil iaitu Muhammad Siratulfirdaus bagi kategori Lelaki Bawah 12 tahun manakala bagi kategori Perempuan Bawah 12 tahun telah diwakili oleh Siti Nuratirah dan Siti Nurinsyirah. Kejohanan telah berlangsung di dewan SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar. Bagi kategori perempuan bawah 12 tahun, sebanyak 6 pusingan telah dijalankan dengan setiap pusingan diperuntukkan masa sebanyak 25 minit. Manakala sebanyak 7 pusingan telah dijalankan bagi lelaki bawah 12 tahun.
Keputusan perlawanan:
Siti Nuratirah - tempat kelima, 4 menang, 1 seri, 1 kalah.
Muhammad Siratulfirdaus - tiada, 3 menang, 4 kalah.
Siti Nurinsyirah - 2 menang, 1 seri,






3 kalah.

Berdasarkan keputusan top 6, Siti Nuratirah layak mewakili daerah Perak Tengah untuk ke peringkat negeri yang turut diadakan juga SMKA Sultan Azlan Shah.

Tahniah, Atirah....


Mesyuarat Agung PIBG, Penyerahan Bantuan Beg Sekolah, Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan

Pada 30 Januari yang lalu SK Bandar telah menganjurkan Mesyarat Agung PIBG kali ke 10. Bermatlamat melantik jawatankuasa yang baharu serta menyemak semula segala kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang tahun 2013. Hasil mesyuarat telah melantik pengerusi dan naib pengerusi yang baharu iaitu encik Rohizat bin Ismail selaku pengerusi dan encik Ridzuan bin Dahri sebagai naib pengerusi. Pada majlis tersebut, SK Bandar turut megalu-alukan kedatangan wakil daripada Yayasan Perak yang telah hadir bagi menyampaikan sendiri bantuan beg sekolah kepada semua murid SK Bandar. Terima kasih daun keladi, harap-harap tahun depan ada la lagi.... :)
SK Bandar juga turut menerima kedatangan Penghulu mukim Bandar bagi merasmikan penutup mesyuarat PIBG. Kehadiran penghulu juga bertujuan bagi menyempurnakan majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar. Bantuan Khas ini yang merupakan inisiatif Kerajaan Pusat bagi mengurangkan beban persekolahan ibubapa.










Thursday, January 9, 2014

Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014
diucapkan kepada semua
semoga tahun 2014 adalah lebih baik daripada sebelum-sebelumnya.

Mesyuarat Pembukaan Sesi Persekolahan Sk Bandar 2014

Pada 30 Disember yang lalu, pengurusan Sk Bandar telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal yang penting berkenaan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2013. Dihadiri semua guru termasuk cikgu Rosli yang berpindah ke SK Seri Cempaka yang berkuatkuasa 1 Januari 2014. Membincangkan perihal kegiatan kurikulum dan kokurikulum, banyak perkara dapat diselesaikan dengan kerjasama semua guru.Bakal memulakan sesi persekolahan tahun 2014 dengan 6 orang murid, SK Bandar tidak mencatatkan sebarang enrolmen bagi murid tahun 1. Selain itu juga, Cikgu Mohd Khalid telah dilantik oleh pengurusan sekolah sebagai guru kanan kokurikulum dan setiausaha sukan bagi menggantikan cikgu Rosli yang telah berpindah. Majlis diserikan lagi dengan sedikit jamuan perpisahan dan doa selamat bagi meraikan pemergian cikgu Rosli yang banyak berjasa kepada SK Bandar.











 Cikgu Rosli, jasamu akan kami kenang selamanya....

Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.