Friday, August 8, 2008

Sambutan Hari Guru

Majlis sambutan ini telah dijalankan pada 16 Mei 2008 iaitu hari Jumaat. Majlis ini dijalankan secara sederhana sahaja.
Pada awal paginya, satu perhimpunan khas telah dijalankan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid. Perutusan-perutusan khas Hari Guru 2008 telah dibacakan di hadapan murid oleh Puan Suraya, Encik Zazali dan Tuan Haji Abdul Rahim. Guru-guru pula telah dijemput untuk menyanyikan lagu ‘Guru Malaysia’ sebagai acara penutup majlis.
Kemudian murid-murid diminta ke kelas untuk acara permainan dalaman dan tayangan. Sebelum pulang, semua warga SK Bandar telah menikmati jamuan makan tengahari.

Lawatan ke Taiping



Lawatan sambil belajar ini telah dijalankan pada 2 Februari 2008. Peserta lawatan terdiri daripada semua murid SK Bandar iaitu seramai 7 orang. Peserta juga diiringi oleh 4 orang guru beserta ahli keluarga masing-masing.
Lawatan ini telah berjaya mengeratkan silaturahim antara murid, ibu bapa murid yang turut serta warga kerja SK Bandar. Selain itu ia juga dapat memberi pengalaman baru dan pengetahuan mengenai hidupan haiwan dan sejarah di Malaysia.

Lawatan ke Kompleks Pasir Salak

Lawatan sambil belajar ini telah dijalankan pada 23 Januari 2008 bersempena cuti perayaan Thaipusam. Peserta lawatan terdiri daripada semua murid SK Bandar iaitu seramai 7 orang. Peserta dibawa oleh tuan Guru Besar sendiri selaku ketua rombongan dengan menaiki van beliau.Lawatan ini telah berjaya mengeratkan silaturahim antara murid, ibu bapa murid yang turut serta dengan Guru Besar yang baru sahaja bertugas di SK Bandar ini pada November 2007. Selain itu ia juga dapat memberi pengalaman baru kepada murid yang belum berkesempatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak ini kerana kekangan masa.

Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.