Friday, August 8, 2008

Sambutan Hari Guru

Majlis sambutan ini telah dijalankan pada 16 Mei 2008 iaitu hari Jumaat. Majlis ini dijalankan secara sederhana sahaja.
Pada awal paginya, satu perhimpunan khas telah dijalankan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid. Perutusan-perutusan khas Hari Guru 2008 telah dibacakan di hadapan murid oleh Puan Suraya, Encik Zazali dan Tuan Haji Abdul Rahim. Guru-guru pula telah dijemput untuk menyanyikan lagu ‘Guru Malaysia’ sebagai acara penutup majlis.
Kemudian murid-murid diminta ke kelas untuk acara permainan dalaman dan tayangan. Sebelum pulang, semua warga SK Bandar telah menikmati jamuan makan tengahari.

No comments:

Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.