Saturday, July 27, 2013

Iftar Perdana SK Bandar - Ramadan 1434

Pada 25 Julai 2013, bersamaan 16 Ramadan 1434 Hijrah, SK Bandar telah menganjurkan Iftar Perdana bersama waris-waris serta penduduk sekitar kawasan sekolah. Dengan setiap guru dan waris murid membawa hidangan masing-masing, aktiviti bertambah meriah dengan kehadiran beberapa orang bekas pelajar SK Bandar.







Salam Ramadan Al-Mubarak


Thursday, July 11, 2013

ROMBONGAN SK BANDAR KE CAMERON HIGHLAND







Pada tanggal 30 Jun 2013, Sk Bandar telah mengadakan satu rombongan sambil belajar ke Tanah Tinggi Cameron Highland. Dianggotai oleh 5 orang guru, 2 orang staf dan 9 orang murid, rombongan mula bertolak pada pukul 9 pagi dengan menaiki 4 buah kereta. Guru-guru yang terlibat ialah guru besar Encik Roslan, penolong kanan pentadbiran cikgu Zazali, penolong kanan HEM Ustaz Salehuddin, penolong kanan kokurikulum, cikgu Rosli dan guru data, cikgu Khalid. Diiringi oleh penbantu tadbir, Cik Shahira dan Encik Kamaruzzaman serta Puan Aini, selaku wakil PIBG merangkap salah seorang waris murid.

Monday, May 20, 2013

Sambutan Hari Guru SK Bandar 2013


Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa untuk setiap guru kerana pada tarikh inilah disambut Hari Guru. Disambut bagi mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan guru. Begitu juga di SK Bandar, guru-guru disambut dengan deklamasi sajak, nyanyian serta sukaneka permainan seperti petanque dan juga boling padang. Dengan slogan Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda, guru-guru diharap dapat menggarap hasrat dan visi Kementerian Pelajaran bagi memartabatkan pendidikan di Malaysia.
SELAMAT HARI GURU



















SK Bandar 2013



Selamat Datang tahun 2013. Selamat datang juga kepada guru besar SK Bandar yang baru, Encik Roslan bin Yahaya yang bertukar dari SK Lambor Kiri serta ahlan wasahlan kepada ustazah JQAF, ustazah Siti Fatimah Az-Zahrah binti Yusoff.

Senarai terkini guru-guru SK Bandar:
Guru Besar - Encik Roslan bin Yahaya
PK Pentadbiran - Encik Zazali bin Mohd Shari
PK HEM - Ustaz Salehuddin bin Tajuddin
PK Koku - Encik Rosli bin Ali
S/U Peperiksaan - Encik Ridzuwan bin Muhammad
Guru P.Khas - Haji Izamuddin bin Kamar Bahrin
Guru Data - Encik Mohd Khalid bin Md Yusof
Guru JQAF - Ustazah Siti Fatimah Az-Zahrah binti Yusoff.

Tuesday, October 30, 2012

Malam Perpisahan Tuan Haji Abd. Rahim

Tanggal 24 Oktober 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi warga SK Bandar. Hal ini berikutan perpindahan dan kenaikan pangkat(memangku) guru besar, Tuan Haji Abdul Rahim ke Sekolah Kebangsaan    Bagan Baharu di Batu Kurau, Taiping. Setelah lebih 5 tahun berkhidmat di SK Bandar serta banyak memacu SK Bandar ke puncak kecemerlangan terutamanya anugerah 'New Deal' pada tahun 2010 serta rombongan sekolah ke Bukittinggi, Padang di Sumatera Barat. Pencapaian ini sememangnya sukar dicapai terutamanya di kalangan sekolah-sekolah kategori SKM kerana wujud banyak kekangan dan halangan. Namun SK Bandar di bawah kepemimpinan beliau telah membuktikan bahawa "sekolah kecil berjiwa besar". Jutaan terima kasih warga SK Bandar kepada beliau serta semoga maju jaya di masa hadapan. Semoga kehadiran beliau di tempat yang baru bakal menempa kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang.

Kalau ada sumur di bendang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
Insya Allah kita berjumpa lagi.













Hari Sukan Olahraga SK Bandar Kali ke 36

Pada 21 Oktober 2012, SK Bandar telah mengajurkan Hari Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 36. Dihadiri oleh komuniti Bandar, kejohanan kali ini juga meriah. Turut hadir menceriakan majlis ialah Cikgu Roslan bin Yahaya, guru penolong kanan pentadbiran SK Lambor Kiri yang bakal menggalas tanggungjawab guru besar setelah perpindahan Tuan Haji Abdul Rahim bin Ramli ke SK Bagan Baharu, Batu Kurau. Jasa Tuan Haji Abdul Rahim sangat dikenang kerana dengan visi beliau mengkomunitikan hari sukan SK Bandar bukan sahaja mendapat perhatian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, malah telah dijadikan suatu piawaian bagi kejohanan hari sukan bagi sekolah kategori SKM. Sekalung penghargaan untuk beliau.

















Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.