Thursday, January 9, 2014

Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014
diucapkan kepada semua
semoga tahun 2014 adalah lebih baik daripada sebelum-sebelumnya.

Mesyuarat Pembukaan Sesi Persekolahan Sk Bandar 2014

Pada 30 Disember yang lalu, pengurusan Sk Bandar telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal yang penting berkenaan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2013. Dihadiri semua guru termasuk cikgu Rosli yang berpindah ke SK Seri Cempaka yang berkuatkuasa 1 Januari 2014. Membincangkan perihal kegiatan kurikulum dan kokurikulum, banyak perkara dapat diselesaikan dengan kerjasama semua guru.Bakal memulakan sesi persekolahan tahun 2014 dengan 6 orang murid, SK Bandar tidak mencatatkan sebarang enrolmen bagi murid tahun 1. Selain itu juga, Cikgu Mohd Khalid telah dilantik oleh pengurusan sekolah sebagai guru kanan kokurikulum dan setiausaha sukan bagi menggantikan cikgu Rosli yang telah berpindah. Majlis diserikan lagi dengan sedikit jamuan perpisahan dan doa selamat bagi meraikan pemergian cikgu Rosli yang banyak berjasa kepada SK Bandar.











 Cikgu Rosli, jasamu akan kami kenang selamanya....

Saturday, November 16, 2013

Selamat bercuti...

Assalamualaikum semua....admin ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Insya Allah, tahun depan jumpa lagi... amin..

Hari Anugerah SK Bandar 2013

Pada 14 November 2013, SK Bandar telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bandar bagi tahun 2013. Bermatlamat menghargai usaha bersungguh-sungguh dan kecemerlangan murid-murid di dalam akademik dan kokurikulum, majlis ini juga merupakan platform bagi menghargai jasa-jasa murid tahun 6 khasnya. Mereka selain menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, juga telah mengharumkan nama sekolah dalam mana-mana aktiviti luar yang disertai mereka. Penghargaan khas iaitu anugerah kecemerlangan kokurikulum diberikan kepada adik Muhammad Hanif bin Zazali atas kejayaan menggondol pingat perak dalam sukan olahraga lontar peluru, bagi peringkat daerah. Selain itu juga, majlis juga menganugerahkan 2 tokoh nilam iaitu tokoh nilam bagi tahap 1 dan tahap 2.Anugerah tahap 1 dianugerahkan kepada adik Siti Nurinsyirah binti Salehuddin manakala tahap 2 dianugerahkan kepada adik Siti Ros Anita binti Ridzuan. Selain itu juga, anugerah matapelajaran terbaik juga diberikan kepada murid-murid yang telah berjaya. di kesempatan majlis ini juga, tuan guru besar, Encik Roslan bin Yahaya telah mengumukan keputusan rasmi UPSR yang telah diduduki oleh murid-murid tahun 6. Biarpun gagal mendapat keputusan 100 peratus lulus lantas mengulangi kejayaan tahun lepas, kejayaan kali ini dengan GPS 2.20 dilihat memberikan kejayaan secara holistik dan mendalam kepada murid-murid. Pihak sekolah mendoakan kejayaan murid-murid ini di masa depan. Amin ya rabbal alamin.












Sunday, November 10, 2013

Hari Kokurikulum SK Bandar 2013

Pada 4 November 2013, SK Bandar telah mengadakan Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Ia telah dilaksanakan selama sehari bermula jam 8.00 pg sehingga 5.00 petang. Bermatlamat menerapkan kemahiran luar bilik darjah, ia juga menjadi satu platform menerapkan unsur-unsur positif ke dalam diri murid-murid sekaligus membantu murid mencungkil mana-mana bakat yang terpendam dalam diri murid yang boleh dimantapkan lagi.












Saturday, October 5, 2013

Temasya Sukan ke 37 SK Bandar Tahun 2013

Pada 29 September yang lalu, SK Bandar telah menganjurkan Temasya Sukan Olahraga Kali ke 37. Biarpun hanya dianggota oleh 9 orang murid sahaja, acara berlangsung dengan baik dan lancar. Kehadiran ibubapa dan warga komuniti Bandar juga tambah memeriahkan lagi acara dan suasana acara sukan.
Pemenang keseluruhan : Rumah Merah 79 markah berbanding Rumah Hijau 78 markah.
Olahragawan : Muhammad Hanif bin Zazali
Olahragawati : Nur Hidayah bt Musa































Firman Allah:

Visi Pusat Sumber SKB

Mengekalkan Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Misi Pusat Sumber SKB

Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk :

* Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal kepada maklumat
* Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah.
* Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
* Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.